Khamis, 27 Januari 2011

LIFE................

Assalammualaikum w.b.t..

Sebelum nak cerita panjang-panjang nak jerit dulu.. YEAHHH!!!!!!!!!! cuti 1 minggu, balik kampung..hahaha...

Malam ni aku nak cerita simple-simple je. Takda apapun nak cerita sebenarnya. Aku tengah layan novel sekarang ni. Bosan tak tau nak buat apa, FB pun kadang-kadang bosan juga takda siapa pun nak chating dengan aku..huhuhu... layan game je lah. Nak tau aku baca novel apa? Hari ni saja dah 2 novel aku baca. Bedal roomate aku punya..hahahaha.... Novel yang aku dah habis baca KAU UNTUKKU yang mengisahkan tentang percintaan Ahmad Fuad dan Nurul Umairah, boleh la tahan story dia, yang sedang aku baca plak sambil tersengih sorang-sorang 2X5, Zaim dan Syakirin, menarik juga, tapi tak habis baca lagi la. Jap lagi la sambung balik. Tulis blog dulu. Siapa suka baca novel??? Angkat kening ala-ala Ziana Zain..hehe... Memang seronok bila baca novel ni. Tambah-tambah yang ada couple tu kan. Mesti tengah sengih sorang-sorang sebab bayangkan dia dengan buah hati..hahahaha.... Tapi aku terkecuali la.hehe.. Cuba kita letakkan cerita-cerita novel ni dalam realiti sebenar. Banyak juga masalah-masalah hamba ALLAH yang bernama manusia ni. Baik dalam keluarga, percintaan dan juga persahabatan. Lumrah manusia punyai masalah. Kalau kita tak cari masalah pun, kadang-kadang masalah tu datang juga pada kita walaupun di elak. Semuanya terpulang pada kita pandai menyelesaikannya atau tidak (tetiba teringat apa yang belajar kat kelas tadi, menyelesaikan masalah). Aku nak tanya sikit, percintaan dan persahabatan, mana yang perlu diutamakn?? Ya, betul!!! KELUARGA...hahahha... Memang keluarga perlu diutamakan terlebih dahulu. Nak balik kampungkan. Tu yang asyik teringat famili je..hehe.. Nanti lah aku cerita panjang-panjang lagi. Nak sambung baca novel balik. Nanti berebut dengan roomate aku novel 2X5 tu, tadi dah berebut dah..hahahaha... Sekian..  (tgh baca novel sambil bercity ville di FB..hehehe)


Sebelum tu nak share sikit madah yang takda helah, cuma isi tersirat je..hehehe... 


Hidup ini tak selalu ye indah. Kadang-kadang bunga tak kembang, kadang-kadang daun-daun berguguran, jalan berlopak, pokok tumbang.... tapi sesuatu boleh buatkan hidup ini indah bila ada yang siram bunga tu, ada yang sapukan daun-daun tu, ada yang nak tutup jalan berlopak dan ada yang nak tolong angkat pokok tumbang tu..... 
Renung-renungkan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan