Khamis, 17 Februari 2011

Mai Penang......

Assalammualaikum.... Pagi-pagi dah senaman jari ni. Aku nak cerita aktiviti yang terisi masa aku cuti baru-baru ini. Aku cuti 4 hari, so apa lagi, berjalan la.hehehe... Hari Isnin lepas, aku dengan kawan-kawan pi jalan-jalan Penang. Seronok nak habaq kat angpa. Tapi tak la pusing satu Penang tu. Setakat yang mampu pi la. Aku pi rumah kawan aku, pastu dia bawa la aku dengan kawan-kawan yang lain pi jalan-jalan. Dalam pukul 10 kami bertolak dari Nibong Tebal nak merentas lautan melalui Jambatan Pulau Pinang. Tulah first time aku lalu kat jambatan Pulau Pinang setelah hampir 23 tahun aku hidup. hehehee... Rasa macam nak ambil gambar atas jambatan Pulau Pinang tu, tapi takda orang buat pun.hahahahaha.... First sekali, kami menuju ke Jeti Jerejak. Cantik juga pemandangan di persekitarannya. Apa lagi, keja tangkap gambaq ja lah. Lepas tu kami pi shoping kat Queensbay Mall (betoi ke eja...bantai lah).. Boleh tahan juga tempat shoping ni, yang suka bershoping tu mai la singgah cuci-cuci mata. Aku yang tak berapa suka shoping ni pun, ter'shoping' la juga.hehehhee... Lepas penat cuci mata, kami pun pi la makan kat Padang Kota. Aku dengan kawan-kawan pekena mee rebus dan mee goreng dengan ais kacang, mamak mari... hahahhaha... huhhh....sedap....... Perut pun dah kenyang, so masa untuk pulang. Kami balik naik feri pula. Nak juga merasa naik feri Pulau Pinang kan.. (tetiba teringat lagu boria penang dalam filem anak mami...hehehehee) Sempat la bergambar juga. Turun je dari feri kami pi cari buah tangan untuk di bawa pulang, nak tau apa? Makanan apa yang popular kat Penang ni selain nasi kandaq, pasemboq dengan char kuey teow?? Jeruk la kan. Borong sakan la kami, siap mintak percuma jeruk lagi kat akak yang jual tu.hahaha.... Seronok jalan-jalan Penang, mai cek mai !!!!.. hehehe.. Layan je lah gambar ni...... 















First Experience.......

Assalammualaikum w.b.t..

Jumpa lagi kita. Lama dah tak update blog. Manyak busy lorrr............. (xbz mna pun, cme mls je..hehe) Seperti dijanjikan, Aku akan letak gambar-gambar pengalaman pertama aku dan kawan-kawan semasa kelas amali katering. Semua ye berdebar nak jalankan tugas masing-masing termasuk la yang cakap ni pun, eh mana ada aku cakap, aku taip je..huahuahua.... Kami namakan restoran kami Candle Roses Restaurat. Tema pada waktu itu adalah Romance. So, semua hiasan pun agak romantik dan banyak menggunakan warna merah dan putih. Tetamu atau pelanggan yang hadir juga di hiburkan dengan muzik yang romantik agar bertepatan dengan tema pada hari itu. Taknak cerita panjang-panjanglah. Tengok je lah gambar-gambar kat bawah ni ye... :-) Gambar tak banyak sebab sibuk menjalankan tugas sehingga terlupa nak ambil gambar semasa bekerja. Layan jelah ye gambar yang ada ni.... :-)

Lihatlah kasut-kasut kami... (abih je kelas semua pakat sakit kaki...hehehe)


Bersama rakan-rakan yang sama-sama menjalankan tugas sebagai pekerja restoran.hehehe.... 



Sempat lagi posing sebelum menjalankan tugas sebagai 'Runner'.

Macam mana??? Ok tak?? Boleh la kan. Bukan senang nak pakai pakaian macam ni kan.hehehe... Nak tau tak? Macam-macam perasaan ketika melalui pengalaman pertama ni. Seronok pun ada, takut pun ada, gementar, sejuk tangan-tangan, gigil kepala lutut....hahahaha.. macam-macamlah. Mula-mula je lah, pastu dalam keadaan normal balik. Menariknya adalah pakaian yang di pakai. Semua nampak cantik dan kemas tambahan pula masing-masing mengenakan mekap agar lebih nampak ceria dan mesra. Penat tak kerja ni??? huuhh.. memang sangat penat, penat berdiri. Bayangkan dari pukul 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Ada la jugak curi-curi duduk, tapi sekejap je. Apapun memang fun juga la. Akan datang dengan sukarelanya, aku jadi waiteress pula. Tolong!!!!!!!!!! takut sangat!!!!!!!!!!!!!!! Cool mimi, cool...................................... :-) hehehe.. So, ini saja  lah ye. Nanti aku cerita lagi. Tungguuuuuuuuuuuuuu..................... Sekian.

Selasa, 1 Februari 2011

Ohh.... Katering...........

Assalammualaikum............ 

Berjumpa lagi kita di sini. Semua sihat?? Hope sihat-sihat belaka.hihi.. Aku tengah pening fikir kelas aku minggu depan ni. Aduhh... Bila fikir je, berdebar-debar rasanya. Tambah-tambah hari Rabu. Takutnya........ tapi kena buat rilek je, hilang la ke'cool'an aku nanti...huahuahuaa.... Nak tahu kenapa hari Rabu tu aku rasa debar sangat? Sebab aku kena buat serving time tu, tu yang takut sangat ni..huhu... 

Ok, hari ini aku nak cerita pasal Katering dan penyediaan makanan. Minggu depan aku kena serving so tak payah masak. Sebelum buat serving kena la ada pakaian yang sesuai untuk serving bukannya main pakai je pakaian apapun. Serving ni ada juga uniformnya, kena ada kemeja putih, bow tie, seluar slack hitam, vest, kasut hitam yang agak-agak bertumit dan juga name tag.  Haa... satu lagi, muka tu kasi touch up sikit..hohoho... ni yang aku paling berat sekali. Tapi nak buat macam mana, belajaq punya pasai, ikut je lah... Alaa, macam kita tengok kat restoran dan hotel-hotel yang berbintang-bintang sikit tu... Tak sangka aku pun kena jadi and pakai macam tu juga. Tapi untung juga, aku boleh rasa pengalamannya yang aku fikir-fikir agak fun juga kerja ni. Tetiba teringat mak aku selalu cakap......

MAK : Kaklang, mekap la muka tu sikit, pakai kasut tinggi sikit, takpa, mak sanggup beli, hang tu dah lah tak          berapa nak cukup tinggi, nampak la bergaya sikit..... 

AKU: Taknak lah mak, takpa, kak lang dah cantik dah, natural beauty... hahahaha.... 

Last-last kena juga. Tulah, cakap mak kena dengar, ikut je. Mak kita nak kita ni buat yang terbaik bukan untuk dirinya, tapi untuk diri kita juga. Ehh.. cerita pasal mak aku plak, sambung balik pasal serving. Agaknya macam mana rupa aku dan kawan-kawan aku bila berpakaian serving nanti. Tak sabar juga rasanya nak pakai. Tunggu ye gambar ye nanti. Nanti aku upload. (kalo rajin la...hehehe...)

Ok, time serving nanti aku kena jadi RUNNER. Tugas ini dibahagikan oleh SOD (serving of the day). Ada juga tugas-tugas lain seperti Waiter, Steward, Host and Bartender ( tu je yang aku ingat, dalam kelas dok mengoya...hahaha). Aku nak tumpukan kepada tugas aku dahulu sebagai RUNNER, lain kali aku cerita plak tugas-tugas yang lain. OK, apa itu runner?? Sapa tau?? Tak tau?? Aku pun tak tau...huahuahhuaa.... Runner ni kalau tak silap aku la, kalau aku salah tolong betulkan ye.. Tugas runner ni adalah ambil pesanan daripada waiter yang ambil pesanan daripada tetamu pastu kita masuk kitchen jumpa COD bagitau kat dia pesanan tersebut, bila menu siap kita bawa keluar menu tu dari kitchen dan bagi isyarat kat waiter yang menu dah siap dan sedia untuk dihidangkan kepada tetamu. Haaa...... panjang plak aku terang. Tapi betul ke?? yang tu la yang aku faham. Tapi yang penting sekali jerit NEW ORDER!!! dalam kitchen nanti supaya COD (chef of the day) tau yang ada pesanan baru. NEW ORDER!!!!!!!!!! nak test suara jap..hahahaha... Jadi tugas apa pun, yang penting skill kena ada macam skill pegang pinggan, sudu, jug, teko, pisau dan sebagai ye lah. Kita juga kena tahu peranggu meja (susun atur meja hidangan) untuk customer kita nanti. Aku dah belajar hari tu, tapi tak tau la ingat ke tak..hehehe... Gambar akan menyusul kemudian ye. Oklah, len kali aku sambung pasal katering ni and letak picture sekali supaya lebih nampak gambaran ye ( pembelajaran berasaskan gambar, lebih mudah difahami, kaedah pembelajaran yang agak berkesan..hehehe) supaya kita dapat sama-sama share ilmu yang baru ni bagi aku. 

Ok, sekian.. Wassalam............