Sabtu, 20 Julai 2013

BISIKAN RINDU SAHABAT

Angin membisikkan kerinduan. Kadang-kadang kita tidak sedar yang di hadapan mata kita itu adalah sinar. Sekarang bila berjauhan, terasa rindu yang sukar diungkap. Hanya bermain dihati dan dijiwa. Sakitnya menahan rindu apabila yang dirindu tidak mempeduli. Sakitnya menahan rindu apabila yang dirindu tidak memahami. Perlukah diungkap kata itu?? Perlukah diluahkan ayat itu?? Sukar bagiku kerana takut disalah erti. 

Muka yang sentiasa terukir senyuman ini ada juga perasaan. Bibir tersenyum hati menangis. Salahkah aku merinduinya?? Salahkah aku menyayanginya?? as a friend, as a bestfriend, as a lovely friend. ONLY THAT!! Tapi siapa yang nak memahami apabila hanya hati yang berbicara. Hanya Maha Mendengar dan Maha Memahami. 

Kadang-kadang rasa marah, geram walaupun dia hanyalah rakan, kawan dan sahabat. Bila mesej tidak dibalas, bila panggilan tidak dijawab, terasa seperti "beria-rianya aku". Adakah mulai sekarang aku perlu hentikan semuanya?? Adakah mulai sekarang aku perlu hilangkan apa yang aku rasa?? Tapi saya sayang sahabat saya. Akan ku biar dan pendam apa yang kurasa. Aku sangat sayangkan persahabatan ini. Aku sentiasa doakan persahabatan ini berkekalan dan dirimu sentiasa bahagia disamping insan-insan yang disayangi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan