Ahad, 14 Ogos 2011

RAMADHAN

Assalammualaikum w.b.t... 

Lamanya tak update blog. Hari ni baru menjengah. Rindu nak taip plak..hehe... Oklah, first sekali bersyukur kita ke hadrat ILLAHI kerana panjangkan umur kita hingga kita dapat bertemu lagi dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan, keinsafan dan keampuan dari ALLAH S.W.T insyaALLAH... Persoalan yang harus kita fikir dalam bulan Ramadhan ini adalah  ADAKAH INI RAMADHAN TERAKHIR UNTUK AKU???  Jika soalan ini lah yang selalu ada dalam pemikiran kita, mesti bulan Ramadhan kali ini adalah bulan ibadat untuk kita. Mungkin bulan Ramadhan ini bulan yang paling kuat kita beribadat kepada yang ESA.. Kita akan lebih bersungguh-sungguh melakukan ibadat kan.. Puasa, Terawih, Tadarus Al-Quran dan juga melakukan solat-solat sunat pada tengah malam serta perkara-perkara kebaikan yang boleh meningkatkan amal ibadat kita. Kita juga akan berusaha mencari malam lailaturqadar... Jadi letakkan lah diri kita bahawa ramadhan kali ini ramadhan terakhir untuk kita supaya dapat meningkatkan keimanan serta ketaqwaan kita kepada yang Maha Esa. InsyaALLAH...