Rabu, 25 Mei 2011

Kawan, Sahabat, Teman

Adakah ketiga-tiga perkataan ini mempunyai maksud yang berbeza?? Sebenarnya sama je maksud ketiga-tiga perkataan ni, cuma bila difikir secara mendalam ada maksud tersirat bagi setiap perkataan ini. 

Jom kita tafsir dan mendefinisikan sendiri menggunakan akal fikiran kita tanpa melihat atau merujuk di dalam kamus dewan, Mr. google atau mana-mana tempat rujukan. Jom fikirkan dengan spontan macam cite spontan tu...hehee... 

Selalunya orang kata "kawan aku ramai","Kaulah sahabat aku","Aku perlukan teman"... 

Dapat bezakan tak?? Perkataan yang digunakan mempunyai isi tersirat. Firstly, kita selalu mentafsir KAWAN adalah individu biasa yang kita kenal. Kita selalu sebut kita ramai kawan. Tak kisah la yang selalu jumpa ke, jarang jumpa ke, kadang-kadang yang tak pernah jumpa pun senang kita menganggap dia kawan kita. " Ohh... cik kak tu kawan aku dulu"," aku berkawan je dengan orang yang aku chating kat YM walaupun tak pernah jumpa"..... Mudahkan kita nak letak kat seseorang tu title KAWAN. Emmm... memang mudah...  

Bagaimana pula dengan SAHABAT?? selalunya kalo kita baca puisi, sajak, syair banyak menggunakan perkataan sahabat. Adakah mungkin kerana perkataan itu lebih sedap disebut. Bagi aku sahabat ni lebih mendalam maksudnya daripada kawan. Seorang sahabat akan sentiasa ada dengan kita ketika senang ataupun susah. Seorang sahabat juga akan sentiasa memberi pertolongan ketika kita perlukan. Mesti ada yang kata " kawan pun tolong juga aku time aku susah" .. Kita tanya balik, ikhlas ke mereka tolong kita???? Seorang sahabat akan membantu dengan ikhlas tanpa meminta pujian ataupun minta dihargai. Kalau ada sahabat yang time kita senang je baru nampak batang hidung, yang tu di kategorikan kawan, takpun lawan... hehe


TEMAN.... maksudnya lebih mendalam daripada sahabat. Teman sanggup bersama kita hingga akhir hayat. Teman selalu berkongsi suka dan duka serta menggembirakan hati kita. Teman juga selalu menemani kita kemana sahaja. Kesetiaannya kepada kita terserlah dengan keikhlasannya. Kita pun selalu bertanya dan persoalan ini seringkali berlegar di benak fikiran kita, " siapakah teman ku"," aku mahukan teman dalam hidupku"," Dialah teman setia aku ".... dan banyak lagi..... 

Nampak kan perbezaan tiga perkataan ini. Renung-renungkan........................ :)

Ahad, 22 Mei 2011

Misi Menawan Bukit Ungku Busu

ASSALAMMUALAIKUM..... Dah lama tak update. Terasa nak cerita sesuatu plak. Hari tu aku dengan kawan-kawan aku buat trip mendaki Bukit Ungku Busu kat Lumut. Tak ada buat apa cuti ni kan, so buat la aktiviti yang menguji ketahanan mental dan fizikal diri yang semakin berusia ni. Mampu ke tak? hehehe.... kami pi dalam 11 orang, semua perempuan. Laki dah pupus kut..hehe.. Rancang pukul 7.30 a.m nak start mendaki tapi  biasa la tak pernah ye tepat waktu, pukul 8.00 a.m juga start mendaki. Mula-mula nak start memang semangat tambah-tambah sahabat aku sorang ni Nur Fasiha bt Sahrin a.k.a Siha Moskito...hahahahaa.... Jiwa meronta-ronta ingin ke puncak Everest ehh ke puncak Bukit Ungku Busu..hahaha.. kalo ke puncak Everest aku rasa suku pun tak sampai nak daki..hahaha... Dengan semangat yang kental, jiwa yang bergelora, kaki yang laju melangkah, tangan yang kuat memaut, otot-otot yang menyokong, percikan peluh yang masin, bekalan air untuk tenaga kami bawa bersama-sama mendaki bukit tanpa tinggal sedikit pun.hehee... Aku pernah daki bukit ni pada tahun 2008, rasa ye time tu takde la seletih mendaki baru-baru ni. huhh.. rasa macam mencabar sangat. Tapi tetap semangat. :) Kami membayangkan di puncak bukit tu adalah KFC ke, McD ke, Pizza Hut ke dan warung mamak pun jadi la. Buat semangat kami semasa mendaki.hahaha.... Aku rasa kalo daki tanpa henti dan had kelajuan mendaki dimaksimumkan tak sampai sejam atau sejam lebih dah boleh sampai. Tapi banyak sangat R&R kami singgah jadi 2 jam lebih sikit la kami sampai ke puncak ye. Berhenti tu bukan apa, nak tambah air takut temprature naik plak nanti.hahaha... Akhir ye sampai juga kami ke destinasi yang sangat di nanti-nantikan, Aku orang yang ke 6 sampai daripada 11 orang.hahaha... nampak sangat dah kurang daya ketahanan, tak macam zaman-zaman sekolah dulu tapi usia bukan penghalang untuk tidak melakukan aktiviti riadah seperti ni..hehehe... macam tua sangat je, umur baru dalam 20-an.hahahaha.... Apa pun aktiviti ni memang menguji mental dan fizikal kita. Tapi kan time turun bukit memang laju, tak sampai sejam pun rasa ye, entah-entah setengah jam pun tak sampai, sekejap sangat, mana tak ye berlari-lari time turun tu, memang menguji kekuatan kaki dan tangan untuk mengelak daripada tergelincir. Apapun best sangat kan Siha Moskito?? hahaha.. Sahabat aku ni dah bagitau kat aku tu lah yang first and last dia daki. Tak mau dah dia kata. hehehe... Rilek la my fren, nanti nak daki Gunung Everest plak.. hahahaha.. Aku rasa Gunung Kinabalu pun belum tentu lepas. Tapi aku tetap bangga dengan sahabat-sahabat yang pergi. KUAT SEMANGAT!!!. Usia, saiz, semuanya bukan penghalang. KAMI BERJAYA AKHIRNYA!!!! Sambil melepak dia atas puncak, kami menghayati keindahan alam ciptaan yang Maha Esa, tetap tak lupa kuasa ALLAH yang mencipta segalanya  untuk hamba-hambaNYA. Hargailah ia. Aku nak share beberapa gambar semasa pendakian ke Bukit Ungku Busu 15 Mei 2011 yang lalu. 

Muka ceria dan tak sabar nak daki... ni sebahagian je, yang lain malu nak bergambar..hehe.... 

Di pertengahan pendakian...

Cabaran yang perlu di tempuh..... Tu la siha moskito..hehe... 

Gaya je lebih ni..... hehe... 

Rehat di R&R yang ke berapa tak tau la...hahaha... 


Dah sampai ke puncak.. lega.......... aku rasa muka aku je maintain lagi...hahahaha.... 

Pemandangan indah dari atas bukit... 

Time turun, sempat juga berposing..... 


Dah selesai misi menawan Bukit Ungku Busu... Masih ceria walaupun kepenatan.. :) 
Jumpa lagi semua...... :)