Selasa, 25 Januari 2011

Ohhh......... Malaysia...

Sebelum aku nak cerita, aku nak gelak dulu.... hahahahahahhaha....ok2.. sekarang nak nyanyi lagu negaraku plak.. dgn berdiri tegak...  NEGARA KU............... TANAH TUMPAHNYA DARAHKU............................. ehemmm..ehemm... sakit tekak la plak... nak pi minum air jap........ hehehe...

Ok, nak mula dah ni. Ambik mood dulu..hehe.. SET READY AND GO........

Aku tertarik dengan negara Malaysia, betul-betul unik. Mestilah kena puji Malaysia sebab negara aku. Kalu (eh,perkataan roomate aku selalu sebut..hehe) Kalau kita tengok, negara Malaysia ni macam-macam ada, pelbagai agama, bangsa dan budaya. 

Tetapi aku tertarik dengan bahasa-bahasanya. Kalu (ishh... kalau lah..hehe) Kalau kita lihat dialek atau loghat setiap negeri itu agak berlainan. Ada yang boleh difahami, ada juga yang agak lambat untuk difahami (lampi=lambat pick up.. hehe). Sejak aku kenal dengan kawan-kawan yang datang dari pelbagai pelusuk negeri, macam-macam perkataan aku dapat belajar terutama daripada kawan-kawan dari negeri Kelantan dan juga Terengganu. Kadang-kadang tu macam lawak la juga. Tapi sekarang ni boleh la ambo kecek sikit-sikit. Hok aloh... tubik doh... hahahaha... amacam?? boleh tak?? hahahaha.... Banyak lagi perkataan yang aku belajaq dengan depa ni (keluaq utagha skit..hehe..). Tapi aku bukan nak cerita ni sebenar ye. jeng..jeng..jeng...

Kenapa tiba-tiba aku jadi patriotik hari ni??? hahahaaa... Hari ni roomate aku present dalam kelas. Dia budak Terengganu (ganu kiteeeeeeee..... nyanyi sikit..hehe). Loghat atau dialeknya jelas kedengaran walaupun dia cakap luar. Sambil-sambil kusyuk dengar dia present dengan group dia, terselit la juga gelak tawa aku dengan kawan sebelah aku, Atien Maravilla (2X5 je dia dengan aku..hahaha). Tapi bukan gelak sebab tubik ganu ye, tapi gelak sebab roomate aku ni pelat RRrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.... (kena panjang sikit sebut..hehe..). Tapi aku tetap bangga dengan kawan aku ni. Aku nak cerita pasal tu je sebenarnya. Saje je nak pangjangkan cerita. hahahahaaaaa... Persoalannya di sini, SIAPAKAH ROOMATE AKU YANG AKU MAKSUDKAN???? Cari sendirila....hahahahahaha.... Sekian.................................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan