Khamis, 17 Februari 2011

First Experience.......

Assalammualaikum w.b.t..

Jumpa lagi kita. Lama dah tak update blog. Manyak busy lorrr............. (xbz mna pun, cme mls je..hehe) Seperti dijanjikan, Aku akan letak gambar-gambar pengalaman pertama aku dan kawan-kawan semasa kelas amali katering. Semua ye berdebar nak jalankan tugas masing-masing termasuk la yang cakap ni pun, eh mana ada aku cakap, aku taip je..huahuahua.... Kami namakan restoran kami Candle Roses Restaurat. Tema pada waktu itu adalah Romance. So, semua hiasan pun agak romantik dan banyak menggunakan warna merah dan putih. Tetamu atau pelanggan yang hadir juga di hiburkan dengan muzik yang romantik agar bertepatan dengan tema pada hari itu. Taknak cerita panjang-panjanglah. Tengok je lah gambar-gambar kat bawah ni ye... :-) Gambar tak banyak sebab sibuk menjalankan tugas sehingga terlupa nak ambil gambar semasa bekerja. Layan jelah ye gambar yang ada ni.... :-)

Lihatlah kasut-kasut kami... (abih je kelas semua pakat sakit kaki...hehehe)


Bersama rakan-rakan yang sama-sama menjalankan tugas sebagai pekerja restoran.hehehe.... 



Sempat lagi posing sebelum menjalankan tugas sebagai 'Runner'.

Macam mana??? Ok tak?? Boleh la kan. Bukan senang nak pakai pakaian macam ni kan.hehehe... Nak tau tak? Macam-macam perasaan ketika melalui pengalaman pertama ni. Seronok pun ada, takut pun ada, gementar, sejuk tangan-tangan, gigil kepala lutut....hahahaha.. macam-macamlah. Mula-mula je lah, pastu dalam keadaan normal balik. Menariknya adalah pakaian yang di pakai. Semua nampak cantik dan kemas tambahan pula masing-masing mengenakan mekap agar lebih nampak ceria dan mesra. Penat tak kerja ni??? huuhh.. memang sangat penat, penat berdiri. Bayangkan dari pukul 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Ada la jugak curi-curi duduk, tapi sekejap je. Apapun memang fun juga la. Akan datang dengan sukarelanya, aku jadi waiteress pula. Tolong!!!!!!!!!! takut sangat!!!!!!!!!!!!!!! Cool mimi, cool...................................... :-) hehehe.. So, ini saja  lah ye. Nanti aku cerita lagi. Tungguuuuuuuuuuuuuu..................... Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan