Sabtu, 13 Julai 2013

NIKMAT DAN UJIAN



Pertama sekali bersyukur ke hadrat ILLAHI dengan limpah kurniaNYA bertemu lagi dalam bulan RAMADHAN yang penuh dengan barakah dalam kata lain bulan ibadah. Alhamdulillah, masih dipanjangkan usia berpeluang berpuasa bersama keluarga. 

Dalam kita bergembira meraikan bulan yang mulia ini satu perkara yang sangat menjadi ujian dan dugaan pada diri kita iaitu nikmat. Nikmat juga adalah ujian. Ujian yang sering membuat kita lalai dan leka, ujian yang membuat kita sering lupa pada yang memberi nikmat. Di bulan ramadhan ini ALLAH limpahkan nikmat pada kita. Contohnya pelbagai makanan dan minuman yang dapat kita perolehi di bazar ramadhan. Jangan lupa, itu sebenarnya satu ujian juga kepada kita. ALLAH nak uji kita, bagaimana kita dapat mengawal hawa nafsu daripada boros membeli pelbagai makanan akhirnya membazir tanpa dijamah langsung akibat terlalu banyak juadah yang dibeli. Itu hanya ujian kecil. Bagaimana pula dengan pekerja-pekerja yang setiap kali menyambut bulan puasa dan hari raya, tiap kali itu lah mendapat bonus sempena menyambut bulan tersebut. Ini juga adalah nikmat dalam ujian. Bagaimana kita nak guna nikmat ini dengan sebaiknya agar tidak menjadi satu beban yang berat kepada kita jika nikmat tersebut digunakan dengan sewenang-wenangnya tanpa dirancang dan diurus dengan baik. 

Ini lah kenikmatan yang kita perolehi tapi dalam pada masa yang sama penuh ujian dan dugaan didalamnya. Terpulang pada diri masing-masing dalam menguruskan sebaiknya. Ingatlah bahawa setiap nikmat yang ALLAH berikan kepada kita adalah satu ujian. Inilah ujian iman. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan