Rabu, 25 Mei 2011

Kawan, Sahabat, Teman

Adakah ketiga-tiga perkataan ini mempunyai maksud yang berbeza?? Sebenarnya sama je maksud ketiga-tiga perkataan ni, cuma bila difikir secara mendalam ada maksud tersirat bagi setiap perkataan ini. 

Jom kita tafsir dan mendefinisikan sendiri menggunakan akal fikiran kita tanpa melihat atau merujuk di dalam kamus dewan, Mr. google atau mana-mana tempat rujukan. Jom fikirkan dengan spontan macam cite spontan tu...hehee... 

Selalunya orang kata "kawan aku ramai","Kaulah sahabat aku","Aku perlukan teman"... 

Dapat bezakan tak?? Perkataan yang digunakan mempunyai isi tersirat. Firstly, kita selalu mentafsir KAWAN adalah individu biasa yang kita kenal. Kita selalu sebut kita ramai kawan. Tak kisah la yang selalu jumpa ke, jarang jumpa ke, kadang-kadang yang tak pernah jumpa pun senang kita menganggap dia kawan kita. " Ohh... cik kak tu kawan aku dulu"," aku berkawan je dengan orang yang aku chating kat YM walaupun tak pernah jumpa"..... Mudahkan kita nak letak kat seseorang tu title KAWAN. Emmm... memang mudah...  

Bagaimana pula dengan SAHABAT?? selalunya kalo kita baca puisi, sajak, syair banyak menggunakan perkataan sahabat. Adakah mungkin kerana perkataan itu lebih sedap disebut. Bagi aku sahabat ni lebih mendalam maksudnya daripada kawan. Seorang sahabat akan sentiasa ada dengan kita ketika senang ataupun susah. Seorang sahabat juga akan sentiasa memberi pertolongan ketika kita perlukan. Mesti ada yang kata " kawan pun tolong juga aku time aku susah" .. Kita tanya balik, ikhlas ke mereka tolong kita???? Seorang sahabat akan membantu dengan ikhlas tanpa meminta pujian ataupun minta dihargai. Kalau ada sahabat yang time kita senang je baru nampak batang hidung, yang tu di kategorikan kawan, takpun lawan... hehe


TEMAN.... maksudnya lebih mendalam daripada sahabat. Teman sanggup bersama kita hingga akhir hayat. Teman selalu berkongsi suka dan duka serta menggembirakan hati kita. Teman juga selalu menemani kita kemana sahaja. Kesetiaannya kepada kita terserlah dengan keikhlasannya. Kita pun selalu bertanya dan persoalan ini seringkali berlegar di benak fikiran kita, " siapakah teman ku"," aku mahukan teman dalam hidupku"," Dialah teman setia aku ".... dan banyak lagi..... 

Nampak kan perbezaan tiga perkataan ini. Renung-renungkan........................ :)

5 ulasan:

  1. diri sendiri yg harus tentukan..... nk letakkan diri kita di kategori yg mna? :)

    BalasPadam
  2. up2u.. kta xleh nk nilai dri kita sndiri,, org lain yg leh nilai.. :)

    BalasPadam
  3. awk kategori lain.. kan awk ___________ sy... hahahahaahahhaahaaa

    BalasPadam
  4. haaaaaaaaaaa,, insyaAllah.. :)

    BalasPadam