Ahad, 27 Mac 2011

INSAN BIASA.........

Setiap insan punyai hati dan perasaan
Setiap insan punyai akal fikiran
Setiap insan boleh terluka, terhiris, terasa
Setiap insan boleh berfikir baik dan buruk
Setiap insan ada hitam puithnya
Setiap insan ada pasang surutnya
Setiap insan ada cahaya dan malapnya
Setiap insan ada onak dan durinya

Kenapa mesti ada bencinya
Kenapa mesti ada hasad dengkinya
Kenapa mesti ada cemburunya
Kenapa mesti ada sakit hatinya
Kenapa mesti ada sedihnya
Kenapa mesti ada tangisnya
Kenapa mesti ada rajuknya
Kenapa mesti ada riaknya
Kenapa mesti ada gembiranya
Kenapa mesti ada belas kasihannya
Kenapa mesti ada lagaknya
Kenapa kenapa dan kenapa

Inilah warna kehidupan alam manusia yang mempunyai pelbagai ragam manusia. setiap orang mempunyai ragam,gelagat dan emosi yang berlainan. Kadang-kadang sukar untuk dikenalpasti sifat yang ada pada seseorang. Kadang-kadang kita bergurau dengan orang yang salah iaitu orang yang sukar terima gurauan. kadang-kadang kita beremosi dengan seseorang iaitu kita marah, benci dan juga sayang. Susah untuk kita kenalpasti dengan tepat perangai,sifat ataupun perilaku seseorang. Sebab itulah kata-kata yang keluar dari mulut kita dan perilaku kita sahaja yang boleh mengawal diri kita daripada melakukan kesilapan seperti menyakiti hati seseorang. Hanya dengan kawal diri sendiri. Jika masing-masing menjaga tutur kata, menjaga tingkah laku, INSYAALLAH......

Tiada sakit hatinya
Tiada hasad dengkinya
Tiada kesedihannya
Tiada rajuknya
Tiada lagaknya
Tiada cemburunya
Tiada riaknya
Tiada tiada dan tiada

Apapun terletak pada diri sendiri yang punyai hati dan perasaan dan punyai akal fikiran yang telah dianugerahkan oleh ALLAH S.W.T agar digunakan sebaiknya. Sekadar mengingatkan diri sendiri. :)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan