Sabtu, 13 Julai 2013

KASIH SAYANG IBU dan ANAK

Terdetik dihati untuk menulis satu coretan ibu dan anak. Tak tahu kenapa apabila melihat satu keadaan seorang anak yang tengah bertengkar dengan ibunya di pusat membeli belah. Dalam fikiran ini sedang bermain tanda soal. Timbul satu persatu persoalan yang akal sendiri tak mampu nak jawab hanya berfikir dan terus berfikir tetapi penuh dengan kata tanya dan tanda soal tanpa berjumpa di mana noktahnya. 

Kita tahu manusia ini mempunyai pelbagai ragam dan gelagat. Ada yang sentiasa ceria, senyuman sentiasa terukir diwajahnya, ada yang sering berduka, ada yang suka berdiam tanpa berkata hanya melemparkan senyuman tatkala ditanya, ada yang laju berbicara tanpa diberi peluang pada orang lain, ada yang mesra, ada yang pasif dan banyakkkkkkkkkkkkkkkkk lagi. Ini lumrah manusia. Kita sendiri pun ada ragam kita sendiri. Tetapi dengan pelbagai ragam inilah ada yang suka dan juga ada yang benci. Tetapi satu perkara yang kita kena ingat IBU, MAK, UMMI, MUM, MUMMY , walaupun ejaan dan sebutannya berbeza, tetapi mereka tetap orang yang sama. Hanya insan inilah yang tidak pernah membenci kita. Malah sentiasa menyayangi kita. Sejahat mana pun kita, senakal mana pun kita, mereka tetap disamping kita. Sejak kecil mereka mengasuh dan mendidik hinggalah kita dewasa. 

Tetapi masih ada yang bersifat kurang matang, Marah apabila dimarahi oleh ibu, berdendam, merajuk dan sebagainya. Perlukah semua itu??? Kita ANAK, dan mereka IBU.. Mereka berhak memarahi kita andai itu memang salah kita, kalau bukan sekalipun, ambillah tindakan dengan berdiam diri tanpa melawan sepatah pun kata ibu kita. Tindakan itu lebih bijak daripada bertengkar, bertegang leher tanpa penyudahnya. mengaku salah apabila kita salah dan beralah walaupun memang kita tak salah. Tak rugi apapun. Tak perlu ada sifat dendam dan rajuk pada ibu. Bukalah fikiran seluas-luasnya, muhasabah diri. SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU. Selagi kita bergelar anak, WAJIB menghormati ibu dan bapa. 

SEMOGA KITA MENJADI ANAK YANG SOLEH DAN JUGA SENTIASA BERADA DALAM KEBAHAGIAAN DI SAMPING KELUARGA TERCINTA  :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan