Selasa, 1 Oktober 2013

AKAR JIWA



Detik 0139
02102013
Kamar sepi


Berlingkar dibenak fikiranku... 
Persoalan menerjah ke ruang pemikiranku..
Apa sebenarnya yang berlaku... 
Aku pun tak tahu...

Bicara soal hati andai yang tahu, 

Bicara soal jiwa ada yang keliru, 
Ingin lari berbatu-batu, 
Tapi tiada arah yang nak dituju, 
Mengukir satu perkataan yang jitu, 
Menaruh satu harapan yang baru, 
Mencipta satu kemanisan umpama gula batu, 
Menghirup satu kepahitan umpama hempedu,

Peluang yang ada perlu diburu...

Pencari yang berpusu-pusu..
Perlukah hanya diam membisu..
Tanpa satu kata begini dan begitu......


Sabtu, 20 Julai 2013

BISIKAN RINDU SAHABAT

Angin membisikkan kerinduan. Kadang-kadang kita tidak sedar yang di hadapan mata kita itu adalah sinar. Sekarang bila berjauhan, terasa rindu yang sukar diungkap. Hanya bermain dihati dan dijiwa. Sakitnya menahan rindu apabila yang dirindu tidak mempeduli. Sakitnya menahan rindu apabila yang dirindu tidak memahami. Perlukah diungkap kata itu?? Perlukah diluahkan ayat itu?? Sukar bagiku kerana takut disalah erti. 

Muka yang sentiasa terukir senyuman ini ada juga perasaan. Bibir tersenyum hati menangis. Salahkah aku merinduinya?? Salahkah aku menyayanginya?? as a friend, as a bestfriend, as a lovely friend. ONLY THAT!! Tapi siapa yang nak memahami apabila hanya hati yang berbicara. Hanya Maha Mendengar dan Maha Memahami. 

Kadang-kadang rasa marah, geram walaupun dia hanyalah rakan, kawan dan sahabat. Bila mesej tidak dibalas, bila panggilan tidak dijawab, terasa seperti "beria-rianya aku". Adakah mulai sekarang aku perlu hentikan semuanya?? Adakah mulai sekarang aku perlu hilangkan apa yang aku rasa?? Tapi saya sayang sahabat saya. Akan ku biar dan pendam apa yang kurasa. Aku sangat sayangkan persahabatan ini. Aku sentiasa doakan persahabatan ini berkekalan dan dirimu sentiasa bahagia disamping insan-insan yang disayangi. 

Sabtu, 13 Julai 2013

KASIH SAYANG IBU dan ANAK

Terdetik dihati untuk menulis satu coretan ibu dan anak. Tak tahu kenapa apabila melihat satu keadaan seorang anak yang tengah bertengkar dengan ibunya di pusat membeli belah. Dalam fikiran ini sedang bermain tanda soal. Timbul satu persatu persoalan yang akal sendiri tak mampu nak jawab hanya berfikir dan terus berfikir tetapi penuh dengan kata tanya dan tanda soal tanpa berjumpa di mana noktahnya. 

Kita tahu manusia ini mempunyai pelbagai ragam dan gelagat. Ada yang sentiasa ceria, senyuman sentiasa terukir diwajahnya, ada yang sering berduka, ada yang suka berdiam tanpa berkata hanya melemparkan senyuman tatkala ditanya, ada yang laju berbicara tanpa diberi peluang pada orang lain, ada yang mesra, ada yang pasif dan banyakkkkkkkkkkkkkkkkk lagi. Ini lumrah manusia. Kita sendiri pun ada ragam kita sendiri. Tetapi dengan pelbagai ragam inilah ada yang suka dan juga ada yang benci. Tetapi satu perkara yang kita kena ingat IBU, MAK, UMMI, MUM, MUMMY , walaupun ejaan dan sebutannya berbeza, tetapi mereka tetap orang yang sama. Hanya insan inilah yang tidak pernah membenci kita. Malah sentiasa menyayangi kita. Sejahat mana pun kita, senakal mana pun kita, mereka tetap disamping kita. Sejak kecil mereka mengasuh dan mendidik hinggalah kita dewasa. 

Tetapi masih ada yang bersifat kurang matang, Marah apabila dimarahi oleh ibu, berdendam, merajuk dan sebagainya. Perlukah semua itu??? Kita ANAK, dan mereka IBU.. Mereka berhak memarahi kita andai itu memang salah kita, kalau bukan sekalipun, ambillah tindakan dengan berdiam diri tanpa melawan sepatah pun kata ibu kita. Tindakan itu lebih bijak daripada bertengkar, bertegang leher tanpa penyudahnya. mengaku salah apabila kita salah dan beralah walaupun memang kita tak salah. Tak rugi apapun. Tak perlu ada sifat dendam dan rajuk pada ibu. Bukalah fikiran seluas-luasnya, muhasabah diri. SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU. Selagi kita bergelar anak, WAJIB menghormati ibu dan bapa. 

SEMOGA KITA MENJADI ANAK YANG SOLEH DAN JUGA SENTIASA BERADA DALAM KEBAHAGIAAN DI SAMPING KELUARGA TERCINTA  :-)

NIKMAT DAN UJIAN



Pertama sekali bersyukur ke hadrat ILLAHI dengan limpah kurniaNYA bertemu lagi dalam bulan RAMADHAN yang penuh dengan barakah dalam kata lain bulan ibadah. Alhamdulillah, masih dipanjangkan usia berpeluang berpuasa bersama keluarga. 

Dalam kita bergembira meraikan bulan yang mulia ini satu perkara yang sangat menjadi ujian dan dugaan pada diri kita iaitu nikmat. Nikmat juga adalah ujian. Ujian yang sering membuat kita lalai dan leka, ujian yang membuat kita sering lupa pada yang memberi nikmat. Di bulan ramadhan ini ALLAH limpahkan nikmat pada kita. Contohnya pelbagai makanan dan minuman yang dapat kita perolehi di bazar ramadhan. Jangan lupa, itu sebenarnya satu ujian juga kepada kita. ALLAH nak uji kita, bagaimana kita dapat mengawal hawa nafsu daripada boros membeli pelbagai makanan akhirnya membazir tanpa dijamah langsung akibat terlalu banyak juadah yang dibeli. Itu hanya ujian kecil. Bagaimana pula dengan pekerja-pekerja yang setiap kali menyambut bulan puasa dan hari raya, tiap kali itu lah mendapat bonus sempena menyambut bulan tersebut. Ini juga adalah nikmat dalam ujian. Bagaimana kita nak guna nikmat ini dengan sebaiknya agar tidak menjadi satu beban yang berat kepada kita jika nikmat tersebut digunakan dengan sewenang-wenangnya tanpa dirancang dan diurus dengan baik. 

Ini lah kenikmatan yang kita perolehi tapi dalam pada masa yang sama penuh ujian dan dugaan didalamnya. Terpulang pada diri masing-masing dalam menguruskan sebaiknya. Ingatlah bahawa setiap nikmat yang ALLAH berikan kepada kita adalah satu ujian. Inilah ujian iman. 





Sabtu, 6 Julai 2013

SAHABAT SEJATI


Bagaimanakah kita bisa mengukur persahabatan sejati itu? Mari kita semak 12 ciri-ciri sahabat sejati menurut Imam Al Ghazali:

1. Jika kau berbuat baik kepadanya, maka ia juga akan melindungimu.
2. Jika kau merapatkan ikatan persahabatan dengannya, maka ia akanmembalas balik persahabatanmu itu.
3. Jika kau memerlukan pertolongan darinya, maka ia akan berupayamembantu sesuai dgn kemampuannya.
4. Jika kau menawarkan berbuat baik kepadanya, maka ia akan menyambutdgn baik.
5. Jika ia memperoleh suatu kebaikan atau bantuan darimu, maka ia akanmenghargai kebaikan itu.
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik darimu, maka ia akan berupayamenutupinya.
7. Jika kau meminta sesuatu bantuan darinya, maka ia akan mengusahakannyadengan sungguh-sungguh.
8. Jika kau berdiam diri (karena malu untuk meminta), maka ia akanmenanyakan kesulitan yang kamu hadapi.
9. Jika bencana datang menimpa dirimu, maka ia akan berbuat sesuatu untukmeringankan kesusahanmu.
10.Jika kau berkata benar kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
11.Jika kau merencanakan sesuatu kebaikan, maka dengan senang hati ia akanmembantu rencana itu.
12.Jika kamu berdua sedang berbeza pendapat atau perselisihan faham,nescaya ia akan lebih senang mengalah demi menjaga persahabatan itu.

MAINAN HATI

Susah untuk diluahkan, sukar untuk ditelan.. mana satu pilihan, perlukah ada bandingan, bukan mahukan kemenangan, cuma mahukan kebahagian, bukan mahukan kemewahan, cuma mahukan kesejahteraan.. perlukah aku luahkan, atau biarkan hanya bersendirian, bukankah ia perlu difahamkan?? eemmmmm.... macam mana nak selesaikan................... 

Ahad, 9 Jun 2013

PERKENALAN PERTAMA



ASSALAMMUALAIKUM W.B.T
AHLAN WASAHLAN?? 

I hope u guys always hepi with family n friends.. 

Lama tidak menjengah ke laman sinar mutiara ini. Rindu ingin menaip semula setelah lama meninggalkan segala assignment segalanya. Menaip kat facebook je rajin..hehe... 

Setelah hampir enam bulan meninggalkan zaman study kadang-kadang terasa rindu disanubari mengingati rakan-rakan seperjuangan. Pelbagai kenangan dicipta dan tercipta. Ada yang suka, ada juga yang duka. Bila diceritakan kembali senyuman pasti terukir, ketawa pasti berdekah-dekah..haha... 



Bermula semester satu, perkenalan pertama tercipta antara satu sama lain. Masing-masing masih meng'COVER'kan diri. Ada yang pendiam, ada yang peramah, ada yang pandai menyesuaikan diri, ada yang lambat sikit nak menyesuaikan diri, ada yang malu-malu kucing, ada yang tak tahu malu...haha.. ada ke?? xde2.. tu orang lain punya kawan. :-) Macam-macam ragam. Kalau nak diceritakan seorang demi seorang, tak cukup part 1 je.. Kena tambah banyak episod, dah macam drama la plak.. Apapun perkenalan dengan mereka semua adalah satu anugerah bagi saya. Saya sangat merindui kalian. 

SIAPAKAH MEREKA??????? 

Tunggu part lain saya ceritakan. hehe... 



Sabtu, 5 Januari 2013

Kuatkah aku??

Lama sudah tidak membuat coretan disini.. Alhamdulillah selesai dan tamatlah sudah diriku sebagai pelajar. 4 tahun aku berjuang, 4 tahun aku berusaha. Tetapi aku tidak tahu adakah selama ini aku berjuang dan berusaha?? huhuu... mak.. ayah.. doakan kak lang....... 

Sekarang, jiwa aku resah.. hati ku gundah... Aku sedar, tiada siapa yang boleh membantu aku melainkan diri aku sendiri. Sampai satu tahap aku rasa nak mengalir air mata bila aku tak mampu buat benda yang aku tak suka buat. Baru aku sedar, kalau aku tidak minat sekalipun, aku tetap kena buat. Tiada siapa yang boleh bantu aku melainkan aku sendiri kena bantu diri aku. Ya betul. Orang lain boleh bantu. Tapi dari segi bagaimana? nasihat? ya.. berkata-kata? ya.. Tapi untuk lakukan?? untuk bertindak?? itu tidak. 

YA ALLAH... berikan hambaMU yang lemah ini kekuatan.............. 

Selasa, 12 Jun 2012

PERMATA YANG DI CARI








Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi

Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

SEDARKAH KITA.............???

Dari kecil kita telah diterapkan dgn nilai-nilai islam, dgn ilmu islam kerna apa?? kerna kita lahir sbg seorang Islam.. bertuahkan kita.. tapi sedarkah kita dgn pengetahuan ilmu sahaja itu tidak cukup sebagai seorang islam.. melainkan kita ada ILMU, kita ada IMAN dan kita AMALkannya.. tiada guna kita ada ilmu dan tidak amalkan.. tiada guna kita ada ilmu, kita sebarkan tapi kita sendiri yang alpa.. tiada guna kita ada ilmu tapi dlm diri kita penuh dgn perasaan riak kerana bangga kita ada ilmu yg tinggi.. tp realitinya kita lah insan yang paling hancur.. kitalah insan yang lemah.. kitalah insan yang tak sedar diri.. tak ada rasa syukur ke dalam diri kita sebab dilahirkan dalam ISLAM?? kita bertuah sangat tahu tak? orang yang bukan islam tercari-cari kebenaran, tercari-cari kepercayaan.. tapi kita telah diletakkan dalam agama yang tak perlu kita rasa ragu-ragu.. kerana kita telah berada dilorong yang benar.. apa yang kita nak lagi??? APA?? rasa terkongkong dengan agama ini?? kena tutup aurat, tak boleh tu.. tak boleh ni.. haram buat tu, berdosa buat ni.. anda SILAP BESAR dengan berfikiran macam tu.. macam kita di jalan raya.. kita kena patuhi undang-undang.. kalo kita langgar undang-undang dijalanraya apa mungkin berlaku?? KEMALANGAN kan.. bahayakan diri kita dan orang lain juga.. macam agama islam juga.. kita kena patuhi segala arahan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh MAHA PENCIPTA, kerna DIA lebih tahu baik dan buruknya.. semuanya untuk kebaikan kita.. Jadi, sama-sama kita muhasabah diri..sama-sama kita fikir kembali apa yang telah kita lakukan kat dunia ini dapatkah lindungi dan pelihara kita dari azab diakhirat kelak... JOM... sama-sama kita berubah.. Kita sentiasa amalkan AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR... INSYAALLAH, diberi kekuatan olehNYA...aminn.....